Kenyataan Akhbar: Tibalah Masanya Stigma Ganja Dihentikan

KUALA LUMPUR: Persatuan Penyelidikan Industri Hemp Malaysia berhasrat untuk membentuk inisiatif kesedaran pendidikan bagi membantu rakyat Malaysia memahami dan membezakan kegunaan bagi tujuan perubatan dan kegunaan industri bagi tumbuhan kontroversi itu.

Menurut MHIRA ini akan membantu kerajaan menghentikan salah faham mengenai ganja dan mula membenarkan produk hemp industri di mana penyelidikan ganja untuk kegunaan perubatan harus bermula pada kajian penanaman dan ujian klinikal terhadap manusia. Penggunaan kanabinoid organik di Malaysia harus dipertimbangkan untuk dimajukan kerana ia boleh diperolehi melalui internet dan pasaran gelap. Namun perkara yang paling utama ialah pembezaan di
antara bahan bukan ubat dan bahan terkawal (resin ganja) yang diekstrak daripada bahagian bunga terdapat pada tumbuhan itu. Dengan itu, pendidikan dan maklumat yang tepat adalah penting dalam proses memperkenalkan ganja perubatan ataupun hemp industri yang berbeza dari aspek pengawalan terutamanya dalam sektor perubatan.

“Kami mencadangkan agar semua YB selaku ahli parlimen dalam kaukus untuk mengemukakan satu rang undang-undang yang pertama berkaitan kanabis hemp kepada jawatankuasa kabinet. Sejak penubuhan persatuan pada 2016-2017, langkah pertama MHIRA ialah membentangkan cadangan kepada Tun Dr. Mahathir. Ketika era pentadbiran PH pada 2018, ini adalah antara perbincangan untuk membangunkan Hemp industri di Malaysia.

MHIRA bersetuju bahawa sudah tiba masanya untuk melaksanakan akses yang lebih bertanggungjawab dan lebih selamat berkaitan dengan tumbuhan kanabis serta orang awam tidak perlu lagi dihantar ke penjara selagi ianya bertujuan untuk perubatan.

NGO itu turut menyeru Perdana Menteri untuk menubuhkan pihak berkuasa kawal selia bebas untuk Hemp, dan pembaharuan polisi ganja akan berlaku melalui persefahaman agensi terlibat yang
dipertanggungjawab untuk mengawal selia bagi mempercepatkan proses perubahan polisi dan undang-undang.

“Terdapat lebih ramai lagi Capt. Amiruddin (Dr. Ganja) mahupun artis Yasin di luar sana yang sedang dihukum dan tidak mendapat rawatan sebaiknya,” katanya lagi.

Tambahnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah mengecualikan ganja daripada senarai narkotik dan undang-undang untuk mengharamkan dan melarang kegunaan kanabis untuk orang dewasa adalah satu pendekatan lapuk, di saat sistem aturan tubuh endokanabinoid manusia memerlukan imunisasi yang optimum.

Kerajaan tidak perlu tergesa-gesa untuk menggubal undang-undang Akta Dadah Berbahaya 1952 berkaitan ganja, pihak berkuasa pada ketika ini harus merangka dasar dan peraturan baharu untuk produk pengguna hemp industri (bukan dadah) yang sudah tersedia di pasaran, menurut MHIRA.

Semasa proses perubahan akta, Ganja Perubatan akan menjalani kajian percubaan selama 2 tahun dengan melibatkan 100,000 pesakit (7-9 jenis penyakit kronik) bagi tempoh tertentu dengan melibatkan
universiti tempatan yang mempunyai fasiliti kajian kesihatan bersepadu.

Tumbuhan hemp dan tumbuhan ganja adalah kedua-dua Keluarga Kanabis berlainan spesis. Dari segi terma undang-undang antarabangsa, hemp ditakrifkan sebagai tumbuhan spesis C.Sativa L yang mengandungi 0.3 peratus atau kurang kadar sebatian THC. Manakala ganja tergolong spesis kanabis yang mengandungi sebatian THC lebih daripada 0.3 peratus. Sementara itu, CBD banyak diperolehi daripada tumbuhan Hemp dengan peratusan tinggi tanpa efek psikoaktif.

Sejak 2017, Cannabidiol, yang juga dikenali sebagai CBD yang kebanyakannya terdapat dalam tumbuhan hemp bukan sahaja mengandungi pelbagai sifat terapeutik untuk menangani beberapa penyakit, tetapi ia tidak mempunyai kandungan psikoaktif yang berpotensi untuk pelbagai kegunaan di samping memulihara alam sekitar.

Pengenalan hemp industri sebagai program perintis boleh menyediakan pelbagai potensi untuk tanaman dengan permintaan pasaran yang tinggi serta meningkatkan industri pasaran baru mengikut akta sedia ada. Hemp industri, tanaman yang ditanam secara secara asas untuk tujuan industri seperti serat, biji, minyak, dan kini minyak cannabidiol (CBD), ialah spesies C. sativa L. yang mengandungi sebatian delta-9 tetrahydrocannabinol (THC) yang amat rendah, iaitu bahan psikoaktif terkait ganja. Perbezaan yang ketara di antara hemp industri dengan industri perubatan kanabis atau ganja perubatan merupakan langkah perubahan yang kritikal dalam membenarkan pengeluaran penanaman dan aplikasi penggunaan
hemp dalam negara. Tahap pengeluaran akan berkembang pesat dengan kemasukan pengeluar baharu bermula di peringkat tempatan dalam memenuhi keperluan industri.

NGO yang disertai penyelidik di universiti awam tempatan turut menyeru agar stigma dan tanggapan prejudis terhadap pengguna ganja dihentikan serta merta, “sambil mengulas maklumat salah dan
tanggapan yang menakutkan tentang tumbuhan itu di media sosial”.

“Hipotesis bahawa ganja adalah titik permulaan ke arah kecenderungan ke bahan lain yang lebih berat telah disangkal melalui banyak kajian saintifik. Sebarang maklumat salah, bersama-sama dengan pemahaman yang kabur tentang kesan penggunaan ganja, langkah pengurangan kemudaratanmembawa kepada stigma berterusan terhadap pengguna.”. Menurut Johan, MHIRA menyokong draf undang-undang baharu untuk industri hemp dan berfungsi sebagai penyambung maklumat dari pelbagai sudut. Ini juga akan membolehkan negara memberi tumpuan kepada Hemp dan Ganja Perubatan sebagai industri yang berasingan serta kondusif.

MHIRA mengalu-alukan kementerian dan agensi berkaitan untuk mengadakan sesi rundingan berhubung perkara ini dengan kadar segera. “Kami menyokong sepenuhnya perkara ini tetapi pada masa yang sama kita perlu mengambil berat tentang pelan pelaksanaan perubatan yang lebih tepat berkaitan dengan ganja yang terkandung beratus-ratus jenis cannabinoid,” kata Johan.

Pada Oktober tahun lalu, YB Syed Saddiq memulakan kaukus parlimen berbilang parti untuk mengkaji dan berdialog tentang perkara itu.

Sementara pada November 2021, Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa produk yang mengandungi ganja yang digunakan untuk tujuan perubatan boleh diimport dan digunakan
di Malaysia jika produk itu mematuhi undang-undang sedia ada.