Perubahan Akta Ganja: Bermula Era Baru di Rantau Asia

Tahniah kerajaan Thailand kerana mengambil langkah berhijrah daripada perubatan moden kepada tradisi warisan turun temurun.  Ia sudah tentu perkara yang di luar kotak dan tidak mampu di jangkau selepas mengalami kancah covid yang banyak mengancam nyawa manusia seluruh dunia. 

Pada 09 Jun yang lalu, kerajaan Thailand telah membebaskan semua tumbuhan kanabis (spesis jenis Hemp rendah THC) dari jadual satu kepada jadual 5 berada dalam kategori perubatan tradisi dan boleh di gunakan dalam pelbagai kategori.  Oleh yang demikian, Thailand memberikan sumbangan sehingga 1 juta pokok kanabis kepada rakyatnya.  Selain itu setiap isi rumah dibenarkan untuk menanam tumbuhan itu bagi tujuan perubatan.   

Pengalaman MHIRA yang berada satu minggu menyaksikan sebelum dan selepas 09 Jun memberi satu persepsi baru apabila Thailand sebagai negara Asia pertama mensahkan Hemp.

Walaupun pada tahun lalu, kerajaan Malaysia ada membawa perkembangan tentang Akta Dadah Berbahaya tahun 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952 – dimana , akta tidak melarang penggunaan produk yang mengandungi kanabis untuk tujuan perubatan di Malaysia.  Namun ianya masih belum jelas dikalangan masyarakat di negara ini.

Semakin ramai kini menyedari bahawa sikap masyarakat global terhadap tumbuhan kanabis telah banyak berubah secara mendadak.   Kira-kira lebih 50 negara setakat hari ini, membenarkan akses cannabinoid daripada kanabis.

Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Dadah Narkotik (CND) semasa Dis 2020 mengundi untuk mengeluarkan resin ganja daripada kanabis daripada Jadual IV Konvensyen Tunggal 1961 mengenai Dadah Narkotik, satu langkah yang kian mempengaruhi masyarakat global tentang penggunaan cannabinoid dalam perubatan.

Presiden MHIRA, Johan Mohamad berucap pada World Cannabis Day di Bangkok

Sebagai badan bukan berorientasikan keuntungan seperti MHIRA, pengalaman menghadiri ke Majlis Hari Kanabis Dunia di Carlton Hotel Bangkok pada 9 Jun lalu merupakan satu pengalaman yang amat bermakna.  Sektor wellness ataupun kesihatan menjadi tunggak utama kerajaan Thailand , sementara itu diikuti sektor perubatan yang melibatkan kandungan THC tinggi yang bukan di bawah bidang MHIRA.  

Bagi mengharmoniskan penglibatan MHIRA dalam pembangunan Hemp Industri di Malaysia sejak 2015,  MHIRA kini mewujukan jaringan kerjasama dengan badan ngo tempatan dan rantau Asia Tenggara bagi tujuan mewujudkan masyarakat berbudaya dan berilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang ini selain bertukar-tukar pengetahuan yang berkaitan dalam pelbagai aspek.  Antara rakan strategik MHIRA terbaharu ialah pertubuhan yang terdapat doktor-doktor pakar dalam bidang perubatan integrasi termasuk herba.  Tujuan kolaborasi ini adalah sebagai membantu pembangunan Hemp yang lebih holistik.  MHIRA masih menumpukan dua perkara utama persatuan iaitu pembangunan makanan haiwan dan industri fiber semulajadi iaitu natural fiber industri.  Dua perkara tersebut masih menjadi cadangan utama MHIRA dalam usaha menjalankan plot kajian khusus dalam usaha penyelidikan daripada pihak kerajaan.  

MHIRA turut mendapat kerjasama baik dengan beberapa Universiti tempatan bagi tujuan kajian dan pembangunan R&D.  Melalui penyelidikan tersebut, MHIRA berharap dapat membuka pilihan altenatif kepada kerajaan untuk mendapatkan satu sudut pandang yang relevan dalam konteks kesejahteraan masyarakat.

Dengan potensi untuk meraih faedah ekonomi yang ketara dan membantu menyedikan makanan berprotein tinggi – adakah kerajaan masih meletakkan keuntungan dihadapan ataupun sumber kesihatan awam?

Walaupun kedua-dua objektif itu tidak semestinya saling eksklusif, adalah penting untuk memahami bahawa bukti semakin menunjukkan bahawa kesihatan adalah perkara awam yang amat penting untuk diuruskan dalam kuasa pasaran terbuka disaat endemik yang masih menyebabkan kesukaran membangkitkan ekonomi tertentu setelah 2 tahun tidak beroperasi.

Dalam menghadapi pengangguran yang berterusan dan penurunan dalam pendapatan isi rumah, dorongan utama di sebalik dasar Hemp Industri untuk negara juga haruslah dipertimbangkan oleh kerajaan. Hemp Industri adalah tanaman ekonomi yang menyediakan lebih banyak peluang dan pilihan baru untuk semua masyarakat menjana pendapatan.

Kerajaan Thailand membuat langkah berani dan menjadi perintis kerana mahu membebaskan rakyatnya daripada kancah dadah.  Semua kegunaan tumbuhan itu di negara Thai berada dalam pengawalan bahagian perubatan tradisi di bawah kementerian kesihatan awam.

MHIRA turut berbesar hati dan menerima dengan lapang dada berupa undangan dari Pengerusi Kaukus, YB Syed Saddiq sebagai jawatankuasa bersama dalam pembangunan bersama Kaukus dan ia terbahagi kepada 3 kategori dimana bahagian Hemp Industri dipimpin oleh team MHIRA.

MHIRA percaya, pendekatan dengan memulakan Hemp Indusri dalam satu rangka polisi 2 bulan tumbuhan itu membesar, sudah cukup meletakkan negara Malaysia matang dalam menyelesaikan isu harga dedak yang semakin tinggi dengan sumber aslinya yang tidak semestinya diuruskan secara bersih dan berorganik.

Selain itu, MHIRA akan menganjurkan Simposium Pendidikan Hemp dengan kerjasama Universiti tempatan yang akan diberitahu kelak.  Terdapat banyak perkembangan terkini dan tahun ini akan terdapat lebih banyak lagi aktiviti dan program termasuk forum anjuran dan kerjasama melibatkan MHIRA.  Semua ahli yang terlepas peluang untuk sesi dalam talian sebelum ini, dijemput untuk mendapatkan informasi tepat dan jelas daripada perjumpaan bersama MHIRA.