Selamat Tahun Baru 2023

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Peralihan pentadbiran kerajaan di Malaysia melalui sistem demokrasi pilihanraya baru-baru ini telah membuka satu lembaran baru buat negara ini. Usaha kesedaran dan pendidikan khususnya dalam tajuk Hemp di Malaysia mula mengorak langkah sejak tahun 2015. MHIRA sebagai perintis kesedaran awam dan pendidikan berjaya menganjurkan forum pendidikan dan bengkel kepada ahli-ahli sebagai membuka satu lebaran baru industri yang semakin mendapat perhatian dunia masa kini.


Industri Hemp seperti yang ramai tahu mampu merawat tanah dan menyumbang kearah perubahan iklim dunia. Selain makanan kesihatan bertaraf superfood daripada bijih benih Hemp, bahagian-bahagian daripada tumbuhan itu telah dikeluarkan daripada bahan kawalan di kebanyakkan negara dunia. Negara yang mengangkat Hemp sbg industri komoditi yang tidak secara langsung dikaitkan dengan dadah termasuk benua Eropah, Australia, Canada, New Zealand dan banyak lagi. Di Thailand urusan hemp di pertanggungjawabkan oleh jabatan pertanian manakala elemen berunsur perubatan di tadbir melalui Jabatan Perubatan Tradisional Thailand (DTAM) .


Hemp hari ini dijadikan bahan asas dalam penyediaan makanan untuk haiwan ternakan atas faktor cepat dan murah. Kenaikan barangan di pasaran sama dalam bentuk makanan mahupun bahan binaan semakin melonjak naik.


Sebagai alternatif baharu, sumber bahan semulajadi yang cepat, murah dan tidak mengandungi unsur dadah seperti Hemp perlu diperkenalkan di Malaysia. Ini kerana negara sedang mengalami krisis makanan dan kenaikan harga yang tidak konsisten dan mahal.
Melalui pentadbiran kerajaan baharu yang berpengalaman melihat sendiri sisi positif yang mampu dibangunkan daripada Hemp, satu regulasi terpimpin perlu di bangunkan. MHIRA di peringkat akhir untuk mengumpulkan pihak-pihak yang berpentingan untuk membantu membangunkan satu bentuk garis panduan melalui bengkel i-perform.

I-PERFORM adalah program “town-hall meeting” yang akan membawa organisasi yang berkepentingan dalam menyemarakkan aspirasi pembangunan mapan bagi membincangkan 

Topik penting yang mendapat dorongan Perdana Menteri di bawah Kaukus. 

I-PERFORM merupakan usaha ‘pro aktif’ tempatan dikalangan penyelidik dan penggubal dasar untuk berhubung bersama-sama pihak berkepentingan dari pelbagai peringkat untuk mencadangkan satu bentuk dasar yang holistik dan mampan.

Hasil ‘blue print’ I-PERFORM akan di serahkan kepada Perdana Menteri Malaysia yang akan di wakili oleh jawatankuasa terlibat (50 badan/organisasi) dalam meningkatkan produktiviti dan mengintegrasikan kefahaman dalam proses perundingan di peringkat atasan.

Program ini turut membawa aspirasi perpaduan berdasarkan 5 prinsip :

1. Dasar Semasa & Pra peralihan

2. Sosio ekonomi & Keterangkuman

3. Ekonomi Mapan & ESG

4. Keadilan Sosial & Pendekatan Holistik

5. Matlamat Pembangunan Mapan 2030

Pautan mengenai I-PERFORM

Melalui inisiatif HSC Hemp Executive Tour MHIRA yang akan melangkah ke siri ke-3 bulan Feb tahun ini, program ini mula menerima penyertaan luar khsusunya dari benua Asia. Selain lawatan ke kilang dan mendalami peluang industri Hemp di Thailand, stigma kanabis yang menakutkan masyarakat dapat di minimakan melalui pendidikan dikalangan ahli MHIRA.


Harapan MHIRA agar industri Hemp akan diasingkan seperti yg terlaksana di negara maju lain. Manakala industri berkaitan perubatan perlu dikawal di bawah seliaan kementerian kesihatan. Ia agar industri Hemp dapat digembleng bersama usahawan di Malaysia sebagai satu sumber baharu yang kini mempunyai permintaan tinggi seluruh dunia.


MHIRA sebagai perintis kesedaran awam bagi industri Hemp Malaysia sejak 2015, akan mengorak langkah kehadapan dengan inisiatif Hemp Science Center dan MHIRA Global di peringkat yang lebih luas. Bermula tahun 2023, MHIRA Global akan memulakan operasi baru di Bangkok and utara Thailand melibatkan beberapa kajian termasuk kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Awam Thailand dalam pembangunan sebuah institusi pendidikan Asia bertaraf antarabangsa.


Sebagai badan bukan kerajaan yang bermula di Malaysia, besar harapan MHIRA untuk membantu kerajaan sekiranya satu anjakan baru mahu diperkenalkan. Ia sebagai merungkai peluang ekonomi baharu dalam bidang Hemp yang semakin mendapat perhatian dan sekaligus mengurangkan sumber bahan import yang terdedah kepada racun perosak. Hemp lebih menyihatkan dan sumber bahan asli Hemp membantu sistem tubuh sihat dan kurang terdedah kepada ancaman kesihatan yang sedang diamali oleh masyarakat seluruh dunia.


Johan Mohamad
Founder & President, MHIRA