Selamat Tahun Baru 2022

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat Sejahtera

Kepada seluruh keluarga MHIRA,


Tahun 2021 merupakan tahun yang agak mencabar bagi seluruh masyarakat global yang membawa pelajaran supaya kita terus berusaha membuat perubahan yang positif di tanah air sendiri dan seluruh dunia.


Kedudukan MHIRA di mata dunia amat positif bagi tahun 2021 selepas di undang sebagai penganjur bersama acara tahun 2022 iaitu Ekspo Hemp Antarabangsa di Bangkok. Awal tahun ini syarikat CISW International juga telah melantik saya sebagai penasihat bagi projek Bandar Pintar Hemp (Hemp Smart City). MHIRA sebagai jawatankuasa penasihat bersama dalam menjayakan projek swasta melibatkan kawasan seluas 250 hektar tanah yg bakal menempatkan 350 villa eksekutif diperbuat drp Hemp, pusat fasilitasi industri hemp serta Asian Paviliion yang akan menempatkan pelbagai ciri-ciri bangunan Hemp untuk bandar termaju Asia termasuk penyertaan Thonburi hospital yang terkenal dengan rawatan perubatan kanabis terbesar di Thailand.


Pada 2 Disember 2021, genap setahun PBB melaksanakan hari yang bersejarah, iaitu mengambil langkah berani dgn mengeluarkan Kanabis daripada jadual paling ketat sepanjang perjanjian Konvensyen narkotik sejak 1961. MHIRA bersama-sama 181 pertubuhan bukan kerajaan seluruh dunia sekali lagi mengemukakan dua pucuk surat untuk menjelaskan bagaimana peranan NGO boleh membantu dalam kepentingan masyarakat awam dan sivil berkaitan tajuk Kanabis Hemp.


Di peringkat tempatan bagi tahun ini, MHIRA turut mengadakan kunjungan hormat secara dalam talian bersama beberapa kementarian termasuk agensi tempatan seperti Kementerian Komoditi, MIDA, IDS, NPRA dan Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia.


Sebelum kita menutup tirai 2021, sukacita saya melimpahkan rasa penghargaan kepada semua Exco MHIRA serta ahli-ahli yang komited untuk terus bersama MHIRA. Semoga tahun baru ini membawa kebaikan kepada kita semua sehingga ke puncak jaya.
Selamat Tahun Baru 2022


Wassalam


Johan Mohamad
Pengerusi MHIRA
31 Disember 2021