MHIRA AGM (2023-2024)

KOTA KINABALU, 28 Jan 2023 – Pengerusi MHIRA, Johan Mohamad membentangkan pencapaian prestasi MHIRA selepas diundang sebagai pembentang ke Bengkel Hemp Industri anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Switzerland bulan ini.  Pengerusi MHIRA turut memaklumkan bahawa tahun 2023 adalah langkah EU merangka perkara berkaitan penyimpanan karbon, usaha merawat tanah & biodiversiti yang banyak mendapat sokongan dana daripada Kesatuan Eropah (EU). EU yang diwakili oleh bahagian pembangunan turut membentangkan 4 tunggak mengapa Kesatuan itu menyokong Hemp Industri sebagai usaha mengurangkan pencemaran melalui penggunaan racun perosak kepada tumbuhan yang tidak memerlukan kos penyelenggaraan tinggi.

Pengerusi MHIRA berkata “Perkara yang kami pelajari semasa di Geneva amat baik untuk Malaysia supaya negara dapat melihat impak industri yang dapat menyediakan sumber industri berasaskan sumber organik. Di Malaysia Hemp Industri mula dijadikan platform kesedaran awam di Malaysia sejak Hemp Malaysia ditubuhkan pada 2015.   Melalui MHIRA, isu perubahan iklim yang semakin mencabar merupakan faktor penting MHIRA memperkenalkan tanaman pelbagai fungsi seperti Hemp.

Selain prestasi MHIRA sebagai pihak berkepentingan dalam tajuk Hemp Industri global, MHIRA Global mula beroperasi di negara jiran Thailand untuk Penyelidikan & Pembangunan berkaitan rawatan CBD berasaskan tumbuhan Hemp.

 Melangkah ke hadapan, MHIRA Sabah secara rasminya di tubuhkan sebagai cawangan MHIRA memandangkan ramai ahli-ahli MHIRA daripada wilayah Sabah.  Prof Madya Dr Piakong Mohd Tuah selaku Ketua Penyelidikan MHIRA merangkap timbalan Pengerusi persatuan dilantik sebagai Presiden MHIRA Sabah.  Beliau yang berpengalaman sebagai penyidik dari UMS banyak mengkaji aspek kelestarian dan impak perubahan iklim.  Selain Dr Piakong, timbalan Pengerusi MHIRA Sabah merupakan seorang pengamal perubatan yang menjalankan khidmat klinik  masyarakat di Sabah.  Cabaran yang sedang dialami oleh ekonomi tempatan perlu memberi ruang untuk merangsang pertumbuhan ekonomi khususnya melibatkan bahan mentah daripada Hemp. MHIRA Sabah akan mula merangka projek kajian di Sabah memfokuskan sektor makanan haiwan dan isu keterjaminan makanan di Sabah khususnya dan Malaysia amnya.

MHIRA Sabah akan memfokuskan aspek makanan ternakan yang turut disertai gabungan pihak berkepentingan di Wilayah Sabah termasuk agensi kerajaan negeri.

Dalam memantapkan segmen-segmen penting di Sabah, Pengerusi MHIRA Sabah berkata, “ Kami berharap kerajaan dapat memberi peluang untuk kami di MHIRA Sabah untuk bersama-sama pihak berkepetingan untuk menjalankan satu bentuk kajian melibatkan ‘makanan ternakan’  katanya.  Melalui kajian makanan ternakan , tempoh tanaman yang dijangkakan lebih singkat iaitu sekitar 2 bulan sebelum proses pendebungaan sudah mampu memberikan nilai protein yang tinggi kepada haiwan ternakan.

Semasa Mesyuarat Agung (AGM), agensi kerajaan tempatan turut menyatakan kesiapsagaan agensi itu untuk menyokong semua kajian yang melibatkan Hemp dibawah kajian MHIRA. 


Berikut adalah senarai ahli committee MHIRA untuk tahun 2023-2024.

Presiden: Johan Mohamad

Timbalan Presiden: Dr Piakong Md Tuah

Timbalan Presiden: Dr Rushdan Ibrahim

Setiausaha: Ahmad Qaiyum

Timbalan Setiausaha: Harmpal Singh

Bendahari: Muthukumaran 

Timbalan Bendahari: Ridhwan Abdul Razak

Ahli Jawatankuasa

Halal: Ahmad Sayuti

Penyelidikan: Calvin Thien

Pembangunan: Xavier Chua

Bahan Termaju: Shamshir Harun

Iklim & Alam Sekitar: Anne Osman

Perubatan: Dr Kaber Rayan


MHIRA Sabah

President: Dr Piakong Md Tuah

Timbalan Presiden: Dr Kheng Kien Soo

Setiausaha: Ridhwan Abdul Razak

Timbalan Setiausaha: Anne Osman

Bendahari: Tai Yee Lun